Monday, 5 June 2017



SEMOGA APA YANG TERTULIS MEMJADI KENYATAAAN. INI HANYALAH IMPIAN DIRIKU SAHAJA DAN REKAAN SEMATA MATA. SAYA HANYALAH PELAJAR SPM TAHUN 2017 YANG INGIN MELIHAT DUNIA SEBENAR🙋



                                                                                                                                                                   

PART 1- http://appleofmyheartview.blogspot.my/2017/06/saya-adalah-pelajar-spm-yang.html

PART2
Beijing China , intake September

   Dekat balai pelepasan memag sedih la nk lepaskan family 4 tahun kot, boleh balik pun bila je ntah bila ntah. Tapi nak buat macam mana memang nak kan? haaaa amik kau homesick. Dalam flight bukan main lah dia mengenang rindu tapi kat rumah bukan nk spent time sama2 bnyak2 padan muka diri sendiri. dengan semangat yang berkobar2 sampai lah di Beijing Capital international airport, China . Kami diarahkan untuk berkumpul di Malaysia Administration untuk sesi Ta'arufffff. Okay la dapat kenal2 ada sorang yang sama negeri, ada yang satu uni tapi lelaki laaaa 😭 Esk baru kami dibawa ke Universiti masing2, perasaan masa tu memng bercampur baur.....takut excited, sedih, bangga. macam2, takut sebb budaya orng luar kita x tau mcm mana cara pergaulan dia kan . Aku ni Dahla perempuan kene survive sorang2. Ramai muslim yg dari Indonesia.... hahaah kene sleng sikit ah ckp dngn diaorng. Aku ditetapkan dekat bilik 1430 aras 2, nasib baik x tinggi2 habis kurus kering balik Malaysia dhla dia x pakai elavator.

Sesi orintasi sngt lah memenatkan tapi best gile ahhhhh. First of all memang diaorng terapkan percakapan dalam mandarin. Diaorng kata kena pupuk awal2 nanti senang nk berurusan dengan masyarakat China. Galakan yang diberikan memang bagus siap bagi kelas awalan dan tambahan lagi untuk foreign students. Jadi aku pun struggle lah belajar Mandarin, Xdelah susah sngt sbb adik aku memang dari kecik belajar Mandarin jadi sikit sebanyak dengar dia ckp dngn ayah boleh ah faham perkataan yang biasa dia guna. Kat sana makanan  senang nak cari yang halal sbb Beijing kan ramai muslim kalau nak hang buat assingment tu memeng kawan2 dah tau la kena pergi area makanan muslim kalau x aku x makan. Thank God la dpt kawan non muslim yg bagus


...(nak pendekkan cerita).....
   
     
       waktu sem yang ke-2 kami diberikan task untuk bina projek pembangunan mall di Incheon China. Hayalah assingment, tapi kalau betul bangga jugaklah. Assingment tu kena by pairing mcm biasalah aku sentiasa dngn kawan aku yg tinggi melayut ni Lin Truly. Bagus gila dia nih, apa2 aku memeng belajar dengan dia lagi2 bab diameter jalan dan spot view susah bebb nak kira menda tu bagai. Aku sanggup kayuh basikal 2km nak ke block dia. Fyi , International student diasingkan dngn bdk tempatan mungkin senang nk berurusan kot. Projek memang makan duit kadang2 aku makan pukul 3 sehari sekali jeee 😭 sbb tula slim sekarang, duit Kadang2 parents support , walaupun diaorng tunjuk yg diaorng selalu bagi duit tapi aku tau aku dh banyak gunakan duit diaorng lagi2 waktu kat maktab dulu. Jadi seboleh bolehya aku xnak mintak duit diaorng kecuaali memang dh kering. Aku juga ambil langkah bijak untuk menabung kay. tapi aku xkan guna lah sampai habis belajar.


     Berbalik pada cerita assingment projek mall tu......okay bermula satu konflik, pada waktu yang hening semua students tngh self-study. Aku, Lin and the geng memang bertungkus lumus la cari bahan. And jeng jeng jengggggg......."LEW茵陈注意讨好院长办公室的情况下尽快。" : PERHATIAN KEPADA CHEN LEW YIN SILA KE PEJABAT DEKAN DALAM KEADAAN YANG SEGERA. Semua saling berpandangan. Ada yang dah agak ape sebab nya, semua tau Chen adalah antara student yang pemalas nk siapkan assingment. Dengan bontot yang berat dan mulut yang sarat dengan bebelan Chen bergerak ke pejabat dekan. Semua orang buat x endah je sbb dh tau dia tu jenis macam mana. Time tu aku terfikir kenapalah malas sngt nk buat assingment padahal pairing kot. Boleh bahagikan tugas, padanlah ramai yg x berapa nk suka kalau pair ape2 ngan dia. Moga dijauhkan group assingment dngn dia. Chen ni anak Chairman Aisoft, syarikat gaming. Anak orng kaya padanlah sifat bersyukur tu kurang, parents terlalu manjakan dia kot yerlah ank dua je adiknya perempuan. Eh banyak pulak aku tau pasal dia hehehhe.

"注意打猎azzahra *请房价院长办公室立即。" : PERHATIAN KEPADA AZZAHRA ZAIDI* SILA KE PEJABAT DEKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA. Waktu tu aku rasa dunia aku gelap apehal la tibatiba kena panggil. Aku ada buat salah ke? Rasa nak nangis jugak la time tu, dengan hati yang tabah aku ke bilik dekan dengan langakah yang tertanya tanya dan takut. Aku ada x bayar ape2 ke? Result aku teruk ke? Family ke? Knock knock......你好Nǐ hǎo, dalam bilik tu ada Madam Siuwen dengan fail nya kat atas meja, Sir David Tan suruh aku duduk sebelah Chen. Chen ape lagi dengan muka mintak penumbuk dia tulah. Aku rasa dia ni pandai tau tapi pemalas je. "Ok Azzahra, I nak u pairing dengan Chen untuk assingment projek kali ni. U lead dia mcm mana U lead kawan2 U". Time tu aku rasa mcm rahang aku ke lantai dah. Gila! 😨 Baru tadi terfikir xnak satu group. rasa macm nak hantuk2 je kepala kat dinding. "Tapi sir kawan2 yang lead saya sampai saya berjaya, kenapa Sir x pilih Lin Truly je. Saya x yakin saya boleh buat." "Kami percayakan awak, semoga berjaya, Chen, saya nak tengok perubahan dalam diri awak, Baiklah tq semua" . Persuraian tu buat aku rasa nak bergolek2 je kat tanah. Kenapa akuuuu😣?!!


Dalam dewan kuliah, aku ceritakan pada Lin. Lin faham dan geng2 aku bubarkan balik pairing supaya semuanya sekata dengan kepakaran masing2. Ish,, diasebabkan mamat sepet nilah semua harapan aku nk ambik anugerah dekan sem ni hancur la nampaknya........Aku hanya termenung tngk Chen dari belakan. Dia boleh Syok main game dekat laptop Arghhhh stress nya. Waktu semua orng pergi makan, aku letakkan satu nota atas meja dia (Jumpa saya dia Siew Eng canteen lepas 1.30) aku tau aku yang kena mulakan langkah kalau nak tunggu Chen tny pasal assingment ? x graduate lah aku kot rasayanya. Chen tngk sticky note tu macam nk telan kenyah2 je. Dia pandang belakang then buat muka what? macm tu je uhuukssss😭Kuatkanlah iman ku ni.


After lunch 1.30pm

      1.45pm baru anak bertuah ni sampai rasa macam nak bukak langkah silat je time tu, biar dia tau bukan Karate je power belasah orng. Hye tu je dia cakap. THEN DIA HANYA BERLENGGANGGGGGGGG! Ya Allah banyak bersaabar la time tu. okay aku mulakan lah perbincangan untk projek mall tu. Chen pinjam laptop aku x tau la dia search ke mai game haih. dan tiba2 dia bersuara ape kata kita buat megastore. Dia pon explain la megastore dia tu mcm mana. Kadang2 impressed jugak la dngn dia ni. Muka dah ada, idea pun bernas tapi pemalas. Okay aku design la mega mall dekat pinggir bandar. Task kali ni dia x bagi tengah bandar , tahun ni susah sikit cabaran dia pinggir bandar, nak kira anggaran profoi sewa tapak lagi jenis tanah. tu yang ambik jangka masa panjang sikit.


.....(pendekkan cerita lagi)......😹

   Dekat 3 bulan kami spent masa sama2 uat projek tu. Kiraa cost profit semua Chen yang settlekan. Biasalah ape lagi suruh Daddy dialah yang buatkan haih untungnya dengan duit semua boleh buat.Sikit demi sikit aku nampak perubahan Chen ni. Dia genius sebenarnya, kenpa dia jadi macam tu sbb dia x dpt kasih sayang seorang ibu. Parents dia berpisah waktu dia umur 5 tahun. Kesian jugak tngk dia tu😔 Tapi dia still contact la ngan mummy dia. Cuma x boleh spent time bersama. Makin lama aku makin selesa nak kawan degan dia. Gila xnak kawan dahla bergaya lepastu kaya hohoho😍 mata duitan jugak aku ih. sejak prestasi dia ni naik makin bertambah la secret admire dia. Asal hari yang special je bnyk lah hadiah2 dari secret admiressss dia tu. Ada jugaklah dia membongkak dengan aku. Fine kau tngk nnt aku dapat suami yang hot ! dia gelak je, dia ckp hot mcm aku. Dia cakap Crush dia cuma sorang je, nama dia Apple.....dan dia harap sngt dia akan hidup smpai mati dengan Apple dia. Tapi dia takut Family Buah hati permata hati dia tu x dpt terima dia sbgai son in law. aku dengar pun nk gelak ape susah jumpa lah parents then kau confess kawin kahkhakhaahahahhahahah.....eh suka nya aku. Kitaorng ada gaduh sbb aku x tahan dengan sikap Chen yang asyik nak main2 semua dia buat mcm budak2 x matured langsung. Tapi aku yang kena mengalah pujuk dia balik sbb ego lelaki kan tinggi. haih kalau x..... x siap la projek2 tu sbb Madam Siewen memnag permenent kan aku dengan Chen.

       Chen and the geng dah start rapat ngn kitaorng . Geng2 dia pun start ah berubah ikut abang taiko diaorng. Yelahkan anak buah kealah ikut je ape yg abang besar nak. Jadi kami memang spent buat kerja sama2, main pun sama. Memang best, pengalaman yang aku xkan lupakan bila balik M'sia nnt. Syang gila kot kat diaorng susah senang diaorng la yg aku cari, duit xde diaorng la yg tolong. aku sedih diaorng yg gembirakan, even diaorng bukan muslim tapi dia hormat aku dengn Sayanti. Hmm kalau lah budaya ni ada kat M'si confirm aman damai.

    Kami dinoatkan sebagai projek terbaik dan pecahkan rekod senior lama. huhuhuhu bangga gila time tu. Graduation memang naik pentas dengan hidung kembang la time tu. parents aku x boleh datang time tu sbb x cukup cost nak bawak satu family. Jadi umi decide celebrate waktu balik Malaysia nanti. Maka tamatlah sesi pembelajaran aku di China selama 4 tahun. Sekarang aku layak digelar seorang arkitek. hahahah memng x percaya sbb dulu mintak MBA tapi dpt archi. rezeki masing2 kan. Diorng decide international students suruh stay untuk meluangkan masa sama2 lagi, tapi aku dengan berat hatinya kena balik M'sia sbb ada beberapa urusan family belah ayah nk kene uruskan pusaka apentah. Aaaahhhhhhhh time tu memnag rasa nak nagis gila2. Dhla tu perpisahan terakhir x tau bila boleh jumpa lagi. last night tu aku memang spent time ngn geng2 study la. diaorng la yang selalu tlng aku jadi aku un gunakan duit saving sikit untk belanja diaorng makan. memang meriah la kedai makan tu, pnylah sedih sampai Lin tersedu sedan menangis. Chen ambik video pulak time tuuuuu boleh orng tngh sedih2 dia buat mcm tu.

malam sebelum tidur aku dpt whatsapp dari "" : Chen pemalas ( Jaga diri bila dah sampai sana, tq sbb snggup stay up ajar aku, taha dengan keranah aku, dengar semua masalah aku, gembira kan aku, gila aku x sedih nak lepaskan Apple aku. Semoga kau sentiasa manis. Goodnight Apple) Beberapa titisan air mata jatuh tanpa sedah. Ya Allah ape sebenarnya yang kau aturkan ini. Allah sebaik baik perancang. Aku kena lapor dekat pejabat kedutaan M'sia dulu untuk tamatkan visa semua. Baru boleh berangkat pulang ke M'sia. Lin dan Hien Beng hantar aku ke Airport. Beruntung sngt rasa ada kawan mcm tu. Segala-galanya aku bersyukur apa yg belaku dekat China. Pulang dlm keadaan yg x sabar nk jumpa family dan dalam keaadaan sedih😢

      Sampai M'sia memang celebrate habis la. Dengan doa selamat secara kecil kecilan lepastu aku buat bussiness kecil2. ementara tunggu process kelayakkan kerja dengan Daebok Group. Dalam beberapa minggu aku smpai, aku dapat email dan surat undangan daripada Amir ketua batch aku waktu kat MRSM dulu. Dia nk reunion batch pada 28 november. hahhahahah Fyi, dari dulu kami pny dinner batch memang x pernah jadi. semua hancusss hahahhaha. Jadi mungkin ini inisiatif si Amir untuk buat reunion secara grand kot dan temanya romeo dan juliet.😲 Baca pun macam nk hempuk kepala si amir ni.....mana aku nak cari pair ni? ajak adik aku kang ha. rate 23 tahun ada la sorang dua kawan aku yang dh kawin. alhamdulillah permulaan yang baik.


Aku gagal dapatkan tawaran kerja di Daebok Group. macam2 permohonan aku mintak memang itu adalah satu cabaran bila duduk kat M'sia. Peluan pekerjaan tu memang kecik. Hari demi hari aku berdoa supaya Allah sentiasa murahkan rezeki aku untuk dapatkan kerja yang halal. Buat sementara jadi penganggur ni kan aku buat bisnes je. 😊 Hari Selasa : akau daat surah dari Iskandar Partnership. Tak pernah dengar ingkan kene kerja bawah sultan johor rupa rupanya sebuah syarikat muslim. Chairman nya muda lagi orang kata. Dengan hati yang berkobar-kobar aku pergi temuduga dan diduga olah kawan aku sendiri iaitu Chairman Iskandar. Ya Allah kecil nya dunia. Gembira gila Boleh bekerja dengan kawan sendiri sennag nak berurusan. Okay Iskandar ni dulu waktu menengah atas bdk kelas aku duk kutuk2 aku skandal ngn Iskandar nilah, aku buat x endah jelah. Perangai dia yg aku kenal agak panas baran. Tapi makin lama dia makin pandai control yerlah kan dh matured. Dia jugak ada la lagi beberapa skandal yg agak heboh dengan beberapa kawan2 aku. Skandal aku ngn dia setakat dlm kelas je. Haih kecik2 dh main skandal2, bukan aku eh yg bagi tittle. Tu semua hasil kerja kawan2 aku. 🙆Time form 5 aku ada satu konflik ngn Iskandar yg membuatkan kitaorng x bercakap selama bebearapa bulan sampailah spmada sesi meminta maaf . ha time tulah hahhhahaha. Budak2 biasalah, lol.

      Okay jadi Iskandar nk buat bebarapa cawangan baru jadi kenala berkolaborasi dengan aku, berapa kali kena meeting sbb dia selalu reject benda yg aku buat. PADAHAL BENDA KECIK JEEE KOT😭 X tidur malam kot aku siapkan. Dari situla kami rapat, dia kata dia saje je nak spent time banyak2 dengan aku. Kot yepun nak spent time takyah la seksa aku mcm ni😭😭😭😭 Aku cerita kan semua yg berlaku kat China waktu belajar kat Iskandar, dia dh kira jadi BFF aku la. Tinggi darjat Bff ni , jeles lah Lin kalau aku cerita nanti. Ya allah rindunya💕. Dia pun adalah cerita pasal bisnes dia. hm rezeki dia luas, muda2 dh ada syarikat sendiri. Aku hanya menumpang gembiri je. Yang aku perasaan dia ni jenis x berapa ngan perempuan, ade jugak kadang2 dia try ah date ngn mana2 perempuan yg mak dia nk jadikan menantu.....tapi clash akhirnya sbb Iskandar jeni orng yg bekerja 24/7 . Yelah nama pun bercinta mestilah perempuan tu nk kan perhatian. x tahan la kot .
Aku terfikir mcm mana nak pegi reunion nanti. Kami bincang benda ni waktu lunch break. Dia kata pergi dngn dialah jadi dia punya juliet hahahahhaha. nak muntah aku dngr dia mengayat.

  Baju dinner aku x beli lagi. Busy sngt, Iskandar ada ajak tapi aku penat gilakot. So aku decide beli online sajeeeee. So kami berpakat jumpa kat dewan hotel Thistle sahaja memudahkan urusan. Xdelah sesak kepala. aku datag lambat sikit sbb waktu tu Mak lang datang melawat, umi kata x baik keluar waktu tetamu ada. akur jelah ckp umi tu.

    Invitation card diberikan kepada penyabut tetamu. Aku tercari cari mana tempat duduk aku di sebelah Iskandar. Pesanan dihantar, barulah aku perasan Iskandar melambai-lambai untuk memberi sigal hohoho. Ya allah lain dah semua orng ada yang kurus ada yag dh montel, yelah dh kawin dpt anak kan. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui dengan budak2 maktab ni.....yang paling sakit bila kena backstab dngn kwn sendiri. Aku decide nak belajar luar M'sia sbb kawan ah. Aku xnak duduk dlm negeri lagi sbb aku tau balik2 jumpa diaorng jgk. Langkah yg bijak rezeki aku dpt belajar kat sana. Tercengan Iskandar tengok aku. hahahahah "You're beautiful" hahahhaha punyalah malu gila aku time tu. "Thanks" . Ada yang usik aku cakap pergila umpa Arif tu dia rindu. Okay cerita ariff ni dia nilah secrect admire aku. Nakal budaknya, aku x suka memang aku tenteang habis2 kalau orng tiba2 ejek aku pasal ariff ni. Hahahhaha tu kisah lama, dia dah nak kawin dh tahun depan dan dia sambung perniagaan perhotelan ayah dia. Semoga jadi anak soleh lerrr😏

      Enjoy betul Reunion batch masa tu, tapi satu benda yang aku x tahan rasa nak nangis ; kawan2 dekat China . Aku x tau kenapa lately aku asyik rindukan diaorng. Nak tanya khabar takut diaorng busy. Aku keluar dewan duduk dekat beranda yang disediakan. Menangis sepuasnya. Tiba2 ada sehelai sapu tangan dihulurkan. Iskandar. Dia sentiasa concern dngn perasaan. Aku bgtau dia yg aku rindu kawan2 kat China, aku pelik kenapa rasa syng kat budak maktb makin hilang. aku takut. Waktu tu Iskandar lah yang tenangkan aku....dia bawak aku minum2 dekat Blue waves keluar dari majlis mencari ketenangan. Dan satu soalan cepu mas keluar dari mulut Iskandar " Rindu kawan2 dekat China ke rindu Chen?" lagi la aku menangis time tu..... Ya Alah. Msg terakhir malam sebelum bali M'sia tu terngiang ngiang. Aku ke Apple yg dia selalu cerita dulu, kenapa dia tak bgtau awal2. Seminggu lepas majlis reunion.....aku balik dengan kepenatan dan parents ajak berbincang.

    Apahal pulak la ni......okay umi kata ada orng masuk merisik. terkejut gila aku masa tu. Siapa nama dia? Luqman Farhan Yin. Peh mamat mana la ni. Umi kata dia pun arkitetk. dia kenal aku. Punyalah aku bertungkus lumus fikir ada x aku berkolaborasi wakti dengan Iskandar Partnership. Dia ada tinggalkan no telefon dan cincin yg aku sangat sukaaaaaaaaaaa😍bab2 duit ni aku memang no 1 . hahahha xdelah gurau je. Bab jodoh ni memang aku serahkan kat Allah je. Solat hajat dan Istikharah selesai. Semoga urusan untk memuat keputusan itu mudah. Aku ceritakan perkara tu dekat Iskandar, tanya dia mana tau dia ingt siapa arkitek Luqman Farhan Yin. Dia pun x ingt . Bad mood seharian dia dengar aku ada orng merisik. "Mcm melepas je aku" hahhaha aku gelakkan je. sbb tu ke dia badmood, ingtkan sbb saham syarikat jatuh ke ape. hekeleh. baru merisik belum kawin lagi nih. Tula lambat sngt.


    Allah gerakkan hati aku untuk msg Luqman Farhan Yin. Aku nak berjumpa dan berbincang adakah kita boleh teruskan hidup bersama. Ceh. Kami berjanji berjumpa dia Puteri harbour. Dia kata sennag dia ulang alik hotel. Aku terfikir dia ni asal mana? kenapa duduk kat hotel? beribu soalan kalau boleh nk tny. haihhh xpe sabar nnt jumpa. aku pandu kereta Mercedes Benz 3180e dengan peneh berhati2. berkat saving dan ayah tabah duit sikit. Boleh e beli kete ni kalau x xde nye. " Sweet Apple, where are you?" dpt je msg tu aku rasa nk nangis.....ape sebenarnya yang Allah nk aturkan. Aku balas pesan tu dengan penuh berhati2 hahhahaha takut dia salah sergah org aku duduk sebelah tingkap. ramai je yg single tngh duduk tepi tingkap ni.


     "Assalamualaikum my Apple" suara yang memnag aku kenal. Ya Allah.....menangis au kat situ. Luqman Faryan tu ialah Chen Lew Yin. Dia convert Islam sebelum lepas kami graduate. Patutlah waktu reunion tu hati aku asyik tergerak fikirkan kwn2 kat China. "Would you accept me?"  Ya Allah dengan laju nye aku angguk x malu betul dahla time tu tengah menangis hahahhha. Patutlah dia dulu ckp taku familyy aplle dia x terima dia. Dulu Dia x tau ada melayu boleh dtng merisik dulu. hahahaha Ya allah bahagia nyaaaaaaaaaaaa😭😭😍family aku memang sentiasa bersetuju dengan keputusan aku. Iskandar hanya menumpang bahagia dengan keputusan aku, aku akan sentiasa doakan dia dpt jodoh suri rumah sepenuh masa yg cantik hahah tula busy sngt. Kami melangsungkan perkahwinan di M'sia semua kerabat Chen dtng dari China meriah kau. Waktu kat China kami buat family secara kecil2lan sahaja . Jemput family kawan2 waktu kat Tshinghua dulu. Wah reunion uni pulak happy gilerrrrr............Dan aku menetap dia Beijing ikut Chen uruskan bisnes kat sana. Umi memang berat nak lepaskan aku takutlah aku satu satunya anak perempuan dia. Tapi ayah kata syurga steri dibawah tapak kaki suami....maka ikutlah kata2 suami pnylah meraung aku sehari sebelum balik Beijing. Bisnes kami ada naik ada turun biasalah ikut ekonomi negara. Alahamdulillah kami bahagia. Setiap kali raya kami akan pulang ke M'sia . sebulan spent time tauuu. Semoga Allah sentiasa memberikan dugaan yang aku mampu lalui, sebagai seorng hamba aku bersyukur dengan kurniaan mu.

                                                                                                                                                                   


TAMAT 😊

SEMOGA APA YG AKU IMPIKAN MEMJADI KENYATAAN DENGAN ATURAN YANG TERBAIK DARI ALLAH SUBHANAWATAALA💕




















Sunday, 4 June 2017


SAYA ADALAH PELAJAR SPM YANG MENGIMPIKAN SEBUAH KEJAYAAN. INI ADALAH REKAAN SEMATA MATA . IMPIAN INI BIARLAH TERSEMAT DI HATI. JIKA REZEKI LUAS HARAP ALLAH MAKBULKAN AMIN.😬
                                                                                                                                                                 

bermulah kisah...........

result spm dah keluar bulan 3 ni, ramai lah yang akan banding2 kan result. dan rsult aku hanyalah cukup2 makan untuk teruskan hidup. aku tau kemampuan aku kat mana utuk dptkan straight A's tu memang rasa tak mampu walaupun motivator kata letaklah harapan tinggi2 sebagai impian. aku takut bila kita x dapat benda yang kita harapkan perit kan rasanya. Baiklah untuk meneruskan kehidupan, semua pendidikan yang ada aku mohon. IPG pun aku mintak sbb parents ckp untuk cover up. dahla kerjaya cikgu tu mulia dan dia menjamin kehidupan. Aku pulak pernah inginkan nk jadi cikgu maths dulu. Rezeki Allah bagi memang indah dan kita sebagai hamba sentiasa tertanya tanya.

Kawan-kawan aku semua dpt top university, dah ada yg buat foundation semua matrik asasi. Aku? still tunggu tawaran IPG. Kegagalan aku masuk matriks atau asasi memberikan aku satu sahaja laluan untuk kerjaya yang bagus. Matrik dan asasi x terima students yg failed sum of subject. STPM, aku teruskan dengan buku baru untuk belajar dengan sijil pengajian tinggi . dengan berkat kesabaran, doa parents aku berjaya dpt IPG yeayyyy.🙌

Untuk pendek kan cerita.......

Dalam beberapa latihan sebagai seorang pendidik, aku dapat tawaran ke Tshinghua University di Beijing. OMG!😝 Ya Allah time tu memang rasa rezeki tu Allah bagi kedebuk macam tu ! Betapa Allah sygnya kat hamba dia yang jahil ni.dalam 8 orang yang ke China dan kami di pisahkan ke negeri2 masing2 mengikut courses. Memang dari dulu memang tanam impian nak ke China untuk study MBA dan Alhamdulillah dpt ke sana, tapi bida Seni bina. It's okay. Aku terima sahaja dengan istikharah moga semuanya berjalan lancar. Lagipun rasanya xde masalah sbb aku studunts Reka Cipta. Dan senior pun kata arkitek adalah lebih bagus jadi itu adalah petanda untuk aku melanjutkan pelajaran dengan semangat yang berkobar kobar. haaaa nak tau x kenapa aku teringin sngt nak belajar kat China? Suatu hari tu aku tngk cerita Taiwan💕 pasal high school students yg berpisah nk ke uni, time tulah ra jatuh cinta dekat China. Dengan harapan pun dpat suami pun kat sana . hahahhahahaha



                                                                                              TO BE CONTINUED......(penat nak tidur)

SEMOGA APA YANG TERTULIS MEMJADI KENYATAAAN. INI HANYALAH IMPIAN DIRIKU SAHAJA DAN REKAAN SEMATA MATA. SAYA HANYALAH PELAJAR SPM TAHUN 20...